BILA DAH BELI RUMAH NI SEWAKAN ATAU DUDUK SENDIRI YANG LEBIH BAIK ? JOM BACA POSTING INI.

Assalamualaikum, tentu ramai yang jadikan rumah pertama sebagai kegunaan sendiri kan? kalau anda memang mempunyai aset yang lain alhamdulillah teruskan. Tetapi kalau anda masih lagi tengah mencari tambahan pendapatan sambil mengumpul aset yang lain, untuk mengelakkan poket anda koyak anda patut tahu beberapa perkara ini.
.
Kalau fikir logik rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri.
Kalau anda ada fikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.
Kenapa?
1. Anda mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Kalau saya pun, akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, betul?
2. Rumah untuk tinggal sendiri tak boleh menjana pendapatan.
“Eh kenapa pulak kena beli rumah untuk pelaburan dulu?”
Rumah pertama patut dibeli sebagai pelaburan sebab:
1. Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa,
2. Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi,
3. Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah. Sebab kalau installment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.
Ini rule of thumb yang anda kena selalu ingat: “Lagi rendah DSR (Debt Service Ratio), lagi bagus.” kalau anda buat macam ni memang mudah untuk loan seterusnya lulus.
Bila beli rumah untuk pelaburan, tak kisah sangat berapa harga rumah tu asalkan menepati pelan pelaburan kita. Kalau boleh, beli yang paling murah. Bila beli rumah sendiri, memang nak pilih yang terbaik dan ada kalanya kita sanggup bayar lebih. Kalau yang menyewa tu, biarlah hidup menyewa dulu. Beli rumah untuk pelaburan, korek sendiri telaga duit korang. Bila dah steady dan ada beberapa telaga duit, barulah beli rumah sendiri yang selesa. Mungkin masa tu dah mampu nak beli rumah idaman.
Bak kata pepatah “Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.”
Kredit to : Gilahartanah.com

Leave a Comment