TIPS LANGKAH ELAK DEPOSIT RUMAH HANGUS BILA TAK JADI BELI RUMAH.

Ramai yang tak tahu tentang ini betul? mesti anda ingat duit deposit confirm akan melebur bila bank tak lepaskan permohonan loan rumah.
Tak betul tu. Hakikatnya, anda masih ada harapan dan peluang untuk dapatkan balik duit tu kalau kena dengan caranya. Bagaimana cara untuk dapat semula deposit tersebut ya?
Langkah #1: Isytihar dekat bank yang gaji anda rendah
Bank akan menyemak harga pembelian hartanah dan tentukan sama ada anda betul-betul mampu bayar balik pinjaman yang dibuat. Sekiranya gaji yang anda declare tu rendah, secara automatik anda akan masuk dalam kategori peminjam yang berisiko.
Langkah #2: Dapatkan surat penolakan rasmi daripada bank
Sebaik saja bank menolak permohonan anda, minta surat penolakan permohonan pinjaman tu daripada mereka. Ini perlu untuk membuktikan kepada pemaju yang anda bukan saja-saja nak batalkan pembelian. Tapi terpaksa batalkan sebab pinjaman tak lepas.
Langkah #3: Bagi surat ini kepada pemaju atau firma guaman pemaju
Bila dah dapat surat rasmi tu, hantar terus kepada pemaju atau firma guaman pemaju. Mereka takde pilihan lain, selain membatalkan tempahan anda sebab mereka masih perlukan seseorang dengan pembiayaan untuk membeli unit rumah yang mereka jual.
Langkah #4: Dapatkan hitam putih daripada firma guaman tentang pembatalan pembelian
Firma guaman pemaju akan keluarkan satu surat hitam putih, yang menyatakan tempahan anda telah berjaya dibatalkan. Jadi gunakan surat ini untuk mereka bayar semula deposit anda.
Langkah #5: Dapatkan balik deposit anda
Lepas dokumen hitam putih dah tersedia, pemaju akan membayar balik duit deposit anda. Cuma, mungkin akan ada sedikit potongan pada duit deposit tu untuk yuran pentadbiran urusan pembatalan yang dibuat yang ini anda perlu rujuk balik pada terma dan syarat pemaju.
Ingat tau, yang kadang-kadang proses ni akan memakan masa yang agak lama. Ada kes yang ambil masa hingga 2 tahun, baru perkara ni selesai. Sabar itu, sebahagian daripada iman hehe
Kredit : gilahartanah.com

Leave a Comment