Call

+019 556 6996

Call

TIPS HARTANAH – NAK APPLY LOAN RUMAH, BAGAIMANA NAK KIRA DSR (DEBT SERVICE RATIO) ANDA? BACA NI DULU..

Kami kongsikan kat sini kadar DSR semasa, interest rate dan kelebihan bagi setiap bank. Setiap bank berbeza. Kalau korang tengah nak apply loan, penting untuk korang tahu info ni.
.
Kira DSR korang sendiri dulu, berapa jumlah pinjaman yang korang layak mohon. Lepas tu, apply loan kat bank yang sesuai dengan kelayakan anda.
.
Macam mana nak kira DSR? Kami pernah kongsikan sebelum ni, tapi kami kongsikan sekali lagi cara ringkas;
.
Contoh: Gaji Abu RM4000 (bersih)
Hutang bulanan: Kereta (500) + Kad kredit (100) + Personal loan (200) + PTPTN (200) = RM1000
.
Kadar DSR (Contoh: Maybank gaji atas RM3500 = 70%)
.
Gaji bersih (4000) x DSR (70%) = 2800
2800 tolak hutang bulanan 1000 = 1800
Baki 1800 darab 200 = RM360,000
.
Jadi Abu layak mohon pinjaman rumah sehingga RM360,000 untuk tempoh pinjaman 30 tahun.
.
Sebab apa baki darab 200? Ni adalah cara mudah untuk anda congak. Boleh kurang atau lebih bergantung pada tempoh pinjaman & interest bank.
.
Semoga bermanfaat..

Kredit to : FB Syarizam Ayob

Leave a Comment