Call

+019 556 6996

Call

7 Ilmu Beli Tanah Lot untuk Retirement Banglo!

Mesti anda pasang impian, nak ada banglo untuk settle down. Nak duduk situ bila pencen nanti. Anak-anak bila balik raya mesti seronok sebab luas. So sebelum buat apa apa keputusan, Tuan kena hadam dulu ilmu kat bawah ni. Jangan tersilap langkah ok!

  1. Geran Individu
    Pastikan tanah lot banglo yang nak dibeli ada geran individu berstatus bangunan.

Jangan beli tanah lot banglo yang berstatus “geran kongsi” atau “lot lidi”.

Masalah beli tanah lot banglo tanpa geran individu:

i) Tidak boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman atau membuat cagaran kepada bank atau institusi kewangan lain.
ii) Kesukaran untuk menjual semula di kemudian hari.
iii) Pemilikan anda mungkin tidak sah disisi undang-undang.
iv) Tiada pulangan pelaburan.

  1. Saiz Kawasan
  • Luas Jumlah kawasan banglo yang hendak dibeli hendaklah antara 4,000sqft hingga 15,000sqft. Ini adalah saiz paling sesuai untuk kawasan lot banglo.
  • Kadang-kadang kalau saiz tanah lot tu terlalu besar, berkemungkinan geran tanah tu berkongsi dengan geran pertanian
  1. Kawasan
  • Lawat tanah lot tersebut sekurang-kurangnya 2 kali. Pastikan kawasannya mudah di akses dan bukan lokasi yang pendalaman yang susah diakses.
  • Kalau dalam dan sunyi sangat, mungkin risau jugak nak duduk nanti. Atau nak tinggal. Cari yang ada jiran ok!
  1. Anda juga perlu ambik berat perjanjian jual beli tanah. Dapatkan nasihat daripada peguam lain selain peguam yang digunakan oleh pemaju yang memecahkan banglo.
  • Perlu ada tempoh penyerahan hibah individu. Anda perlu tahu hak anda terhadap tanah yang dibeli. Takut selepas anda bayar harga keseluruhan tanah lot banglo, tapi sampai 2-3 tahun tak ada apa yang dibuat di tanah yang dijanjikan.
  1. Design
  • Anda minat design banglo yang macam mana? Banyakkan tengok contoh di internet dan save dalam satu folder untuk anda consult dengan designer 3d nanti.
  • Ada banyak design tau, Melayu, bali, Craftsman, Colonial, dutch, Georgian, mordern, kontemporari dan banyak lagi.
  1. Syarikat Binaan
  • Pastikan pemaju adalah pemaju dengan kredibiliti dan keupayaan untuk melengkapkan projek. Pertama periksa latar belakang pemaju sebelum membuat pembayaran.
  • Godeco Services berpengalaman dalam membina banglo atas tanah sendiri! PM kami untuk dapatkan quotation!
  1. Infrastruktur
    – Pastikan tanah lot banglo yang anda hendak beli mempunyai kelengkapan infrastruktur asas seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik, sistem pemparitan dan sebagainya.
    -Jangan beli jikalau tanah lot banglo tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan asas yang dinyatakan diatas.
  • Kos pembangunan kelengkapan infrastruktur asas ini menelan belanja wang ringgit yang amat tinggi so baik kita cari kawasan yang dah ada lengkap.

Banyak belajar? Kongsikan ilmu ini kepada kawan-kawan anda!

Leave a Comment