Call

+019 556 6996

Call

PESANAN UNTUK ANAK MUDA BELI RUMAH PERTAMA, TIPS BERGUNA UNTUK ANDA!

Pelaburan hartanah sememangnya adalah platform yang boleh dikatakan pelaburan jangka masa panjang sekiranya anda pandai dan mempunyai ilmu didalam bidang ini. Tak dinafikan semuanya perlukan research dan study kerana bidang property sangat luas samada Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ataupun Membeli Aset yang telah siap.

1. LABURKAN DUIT ANDA UNTUK ILMU
Anda perlu banyak melabur pada ilmu semasa muda. Jangan habiskan wang pada barang untuk tampak lebih bergaya tapi tak kaya. Melabur pada ilmu yang akan buat anda kaya raya suatu hari nanti.

2. TENTUKAN SIAPA SAHABAT SEKELILING ANDA
Bukanlah kerana kita memilih bulu tetapi kerana kawan – kawan akan menentukan masa depan kita suatu hari nanti. Audit sahabat anda!

3. BERANI SAHAJA TAK CUKUP, PERLU BIJAK
Sentiasa sahkan semua maklumat di lapangan dan bukan sekadar dengar – dengar orang bercakap dan berbual kosong sahaja. Anda harus bijak dengan menyemal segala nombor dan kira – kira bajet yang anda perlu keluarkan.

4. TINDAKAN TIDAK SENTIASA MELAHIRKAN HASIL
Orang – orang yang berjaya adalah orang – orang yang bertindak. Bukan kerana bertindak itu hasilnya selalu berjaya. Ada kalanya usaha tersebut tidak berjaya juga. Tapi bila kita tak berjaya itu lah kita belajar. Cumanya, dalam permainan hartanah ini bahaya nak cuba – cuba dan nak langgar – langgar dinding. Satu kerugian boleh jadi ratusan ribu ringgit dan akan musnahkan kewangan kita buat satu tempoh masa yang lama.

5. TINDAKAN HARI INI AKAN MENENTUKAN ANDA PADA HARI ESOK.
Hasil kita hari ini adalah kerana tindakan – tindakan kita semalam. Audit semula apa yang telah kita buat seharian. Adakah itu perkara-perkara luar biasa, biasa atau sia – sia?
.
Jadi sediakan diri anda sebelum anda menceburi bidang ini dan semoga tips ini dapat membantu anda!

Kredit Facebook : Facebook Ahyat Ishak

Leave a Comment