[vc_row][vc_column width=”7/12″][vc_column_text]GoDeco Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Bumiputera Melayu yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 2016 (1310467-T) yang mula beroperasi pada 10 Januari 2019. Dengan visi untuk menjadi kontraktor Bumiputera No 1 pembinaan rumah kediaman bercirikan banglo dari tanah kosong, GoDeco Services memfokuskan kawasan Lembah Klang, Selangor dan Seremban sebagai kawasan utama bagi servis yang kami tawarkan buat masa kini dan akan berusaha lanjut untuk memberi focus kepada kawasan lain.
Bermula tahun 2019, perkhidmatan GoDeco adalah memberi keutamaan kepada mereka yang ingin membina rumah jenis banglo diatas tanah sendiri, hiasan dalaman rumah dan servis ubah suai rumah. Waimapun syarikat ini baru ditubuhkan pada tahun 2019, namun ahli lembaga pengarah sudah mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam industri ini sekaligus telah berjaya menyiapkan puluhan projek banglo dan renovasi rumah pada masa-masa yang lepas.
Objektif kami adalah untuk menjadi peneraju didalam industri ini, dimana pasaran dan kehendak pelanggan yang saban tahun meningkat dikawasan yang kami ingin fokuskan. Sepanjang kami memulakan servis dan perkhidmatan ini, GoDeco telah membangunkan skill, servis serta kepakaran dan kawalan kualiti di dalam bidang pembangunan kediaman atas tanah sendiri, ubahsuai rumah dan hiasan dalam rumah dan kami menawarkan perkhidmatan ini kepada semua golongan professional, sektor korporat dan juga pemilikan persendirian.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”5/12″][vc_single_image image=”1163″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]
