APA YANG ANDA PERLU TAHU PASAL RUMAH IBS (RUMAH PASANG SIAP)

Rumah pasang siap ni pernah satu ketika dahulu jadi viral bila ada orang yang mempertikaikan kualiti rumah ini dan juga harga yang murah sangat sampai orang rasa rumah ni rumah guna kualiti simen murah. Kalau anda nak tahu, Sistem Bina Berindustri (Industrialised Bulding atau IBS). Kat US, semua bahagian rumah boleh dikilangkan tau. Tapi kat Malaysia, buat masa ni, proses pemasangsiapan ni terhad kepada komponen individu je macam dinding dan jugak siling.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menggalakkan pemaju menggunakan IBS ni dalam sektor perumahan bagi mengurangkan harga rumah. Dalam jangka masa panjang, IBS ni sebenarnya mampu kurangkan tenaga buruh asing, elakkan pembaziran material pembinaan dan siapkan pembinaan dengan lebih cepat.
1. Tempoh pembinaan lebih singkat
Disebabkan komponen-komponen rumah IBS ni dibuat secara pasang siap kat kilang, pembinaan rumah tak lagi bergantung pada keadaan cuaca. Jadi, lagi banyak masa boleh digunakan untuk pemasangan kat tapak.
2. Kurangkan pembaziran
Pembinaan yang berada dalam persekitaran yang terkawal dan dibantu penggunaan teknologi dapat kurangkan pembaziran bahan seperti simen, keluli dan tenaga elektrik – menjadikan rumah pasang siap ni eco-friendly.
3. Kualiti dan ketahanan yang lebih baik
Kebiasaannya, komponen yang dibuat menggunakan acuan dan mesin mempunyai kualiti yang lebih konsisten dan kemasan – kurang kecacatan pembinaan. Selain tu, pemeriksaan kualiti pembinaan jugak boleh dibuat kat kilang dan dapat membantu mencegah sebarang kekurangan yang mungkin terjadi dengan kaedah pembinaan konvensional.
4. Jalan penyelesaian kepada masalah kekurangan rumah
Aduan yang selalu sangat kita dengar kat Malaysia ni adalah isu kekurangan rumah mampu milik. Jadi, dengan mengguna pakai sistem IBS ni, lebih banyak rumah untuk golongan berpendapatan rendah boleh dibina.
Menarik sebenarnya Banglo IBS ini cuma di Malaysia masih belum dapat pencerahan yang tuntas dan kebanyakannya banyak yang kontroversi. Anda dah plan untuk miliki rumah pertama sendiri anda? hubungi GoDeco Services!

Leave a Comment