Call

+019 556 6996

Call

UNTUK LULUS LOAN RUMAH BANK TAK TENGOK CTOS DAN CCRIS SAJA, JOM BACA NI

Ada bermacam-macam cara untuk buat loan rumah lepas, tak percaya tanya Google hehe tapi masalahnya yang mana satu kita nak ambil ya? melalui blog Propertyguru ada beberapa perkara yang mereka tekan kan.
.
Dan seperti yang anda dah sedia tahu. Lain bank, lain cara mereka proses maklumat pemohon. Bermakna, proses loan approval bank sotong, tak sama dengan bank rimau.

Jangan risau. Apa-apa hal, bank-bank di Malaysia masih jadikan 3C ini sebagai fundamentals (asas) untuk menapis pemohon yang bermasalah.

Ada 3 faktor utama yang akan tentukan sama ada loan korang bakal lulus atau tak:

Character,
Capital,
Capacity.
.
Jadi secara asasnya ini 3 faktor yang akan luluskan bank loan anda.

1. Character (Sikap si peminjam)
Antara perkara penting yang bank akan tengok adalah:
– Sejarah kredit yang anda pernah buat sebelum ni (past borrowings),
– Tempoh anda menetap di sesebuah kawasan,
– Tempoh bekerja di satu-satu syarikat,
– Keupayaan anda untuk membuat pembayaran hutang.

2. Capital (Modal)
Antara perkara yang tergolong dalam kategori ini seperti:
– Sebarang pelaburan yang anda buat (tak kira secara personal atau berkumpulan),
– Segala simpanan yang ada,
– Pelaburan lain – yang boleh digunakan untuk membayar balik hutang incase kalau pendapatan anda tak mencukupi.

3. Capacity (Keupayaan bayar balik)
Yang ni pulak, bank akan tengok:
– Pendapatan semasa anda
– Jumlah bayaran balik pinjaman yang anda pernah buat
– Perbelanjaan sara hidup semasa
– Jumlah hutang semasa,
– Bilangan tanggungan yang ada.
.
Ramai yang setuju jugak polisi bank dah semakin ketat, jadi anda perlulah sentiasa pulang ke konsep asas berdasarkan 3 point atas ini Insyaallah loan anda boleh approve dan selamat memiliki rumah baru anda!

Sumber Rujukan : Propertyguru.comGilahartanah.com

Leave a Comment