Call

+019 556 6996

Call

5 TIPS ELAK TERBELI RUMAH LEVEL SETINGGAN HARGA YAHUDI.

Siapa dah terkena?

Selalu kalau anda rajin suvey-survey rumah, pasti korang akan akan perasan rumah sama kawasan sama tapi harga Masyaallah langit dengan bumi. Kadang-kadang bukan untuk yang beli saja, yang sewa pun sama rumah depan harga mahal rumah sebelah harga nak dekat separuh harga beza.

1. SEMAK BERAPA PURATA HARGA RUMAH KAWASAN TERSEBUT?
Banyakkan survey di laman portal dan sekiranya anda tahu purata harga rumah tersebut maka peratusan untuk ditipu akan berkurangan.

2. RUMAH TU FULLY FURNISH, PARTIALLY FURNISH ATAU KOSONG?
Ini lagi satu sebab nilai serta harga sesebuah hartanah meningkat, ada sesetengah developer yang providekan perabot untuk rumah yang disiapkan. Anda sudah tidak perlu bersusah payah memikirkan cara menghias rumah tersebut, menghabiskan masa berjam-jam untuk membeli perabot serta peralatan rumah.

3. LOKASI PERUMAHAN TU DIMANA?
Yang ini memang penting untuk anda study dulu sebelum beli rumah, anda kena tengok kawasan tu ada offer apa untuk anda contohnya :
i ) Ada kemudahan LRT, MRT atau Pengangkutan awam tak?
ii) Dekat dengan Hospital atau Kedai-kedai runcit?
iii) Komuniti situ banyak daripada orang yang bekerja ataupun student?
Tak apa topik ni nanti GoDeco bahas di posting akan datang.

4. WAJIB TENGOK DULU RUMAH SEBELUM BELI!
Anda wajib lihat rumah sebelum beli dan jangan percayakan ejen atau tuan rumah 100% sebelum beli rumah. Buatnya takda kelulusan CF ke apa ke nanti buang masa anda survey kawasan tu

5. BELI DARI PEMAJU ATAU TUAN RUMAH?
Ini pun punca juga sebab apa? kalau beli dari pemaju anda akan dapat banyak kelebihan seperti perabot percuma, diskaun serta rebat istimewa manakala anda akan dapat jaminan dari segi kawasan.
.
Anda semua ada yang dah terkena beli rumah setinggan harga yahudi ke?

Leave a Comment