Call

+019 556 6996

Call

PERHATIKAN 3 BAHAGIAN PENTING RUMAH KORANG DI MUSIM HUJAN. JANGAN DAH LEBAT BARU MELOMPAT!

AWAS! Ancaman hujan terhadap kediaman anda.

Malaysia ni sebenarnya HUJAN SEPANJANG TAHUN. So since hujan pun tak menentu, kita kena selalu peka dengan rumah kita. Taknak la nanti hujan lebat baru nak perasan, bahaya juga kat kita balik.

Haa apa tu yang kita nak ambik perhatian?

1. Atap rumah

Periksa segera genting rumah korang. Kalau ada kepingan genting yang melorot turun, pastikan korang betulkan. Dan kalau ada kepingan genting yang rosak atau dah pecah, jangan berfikir dua kali. Gantikan dengan yang baru.

Benda ni bukan setakat hujan je. Binatang pun boleh masuk.

2. Dinding rumah

Dinding rumah cukup menjadi masalah sewaktu hujan lebat. Urara yang lembat dan tempias air yang terkena dinding boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan cat terkopek.

Luangkan masa untuk segera mengecat bahagian dinding yang berpotensi terdedah dengan cat kalis air atau cat yang tahan cuaca dan anti kulat.

3. Pendawaian elektrik

Periksa semula pendawaian elektrik di seluruh kawasan rumah korang. Pastikan wayar wayar terlindung dan berbalut untuk mengelak bahaya masa air menitis dan meleleh sewaktu hujan lebat.

Suiz yang berhampiran dengan tandas pun sama. Kalau boleh pakai pelindung plastik yang boleh menebat eletrik.

Ada apa apa lagi tak yang korang sudi nak tambah? Kongsikan dengan kawan-kawan, jangan simpan ilmu ni sorang-sorang hehe.

Leave a Comment