Call

+019 556 6996

Call

Amaran Anai Anai! Rumah lawa-lawa suka hati je Anai-Anai ni bermaharajalela!!

[5 BAHAN SELAIN RACUN YANG BERUPAYA MENCEGAH ANAI-ANAI]

Anai-anai ni lah antara serangga perosak yang paling serius mengancam bukan je struktur rumah kita tapi juga nyawa orang lain.

Bayangkan ada berita melaporkan seorang pelajar perempuan jatuh dan kaki dia tersekat kat lantai bila terpijak papan lantai yang dah reput akibat masalah anai-anai. Boleh jadi bumbung pun roboh kalau masalah anai-anai ini tak dibendung.

Kalau korang ternampak anai-anai dok makan frame pintu rumah korang ke, antara langkah awal yang korang boleh cuba adalah spray racun anai-anai pada kawasan tersebut. Tak pun korang boleh cuba 5 bahan yang kami kongsikan di bawah ni.

1. Garam dapur.
Campurkan air garam dengan tembakau. Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum korang spray ke tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Korang juga boleh taburkan garam di sarang anai-anai tersebut tapi cara ni tak begitu efektif sebab dia hanya membasmi kat kawasan permukaan sahaja.

2. Tembakau.
Untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh gunakan tembakau sahaja. Campurkan dengan air lepas tu biarkan selama 12 jam sampai tembakau tu larut sepenuhnya. Kemudian, korang boelh spray kat kayu yang diserang anai-anai tu.

3. Air cucian beras.
Ramai yang tak tau air daripada basuhan beras yang pertama boleh juga mencegah serangan anai-anai daripada terus merebak. Nai-anai tak gemar bau air pekat beras ni. Korang boleh siramkan atau sembur sahaja air bilasan beras tersebut pada sarang anai-anai.

4. Air kapur sirih.
Air kapur sirih ni juga efektif untuk membasmi serangan anai-anai. Ini kerana air kapur bersifat hangat dan tak disukai anai-anai sebab anai-anai punya kulit ni nipis dan lembut.

5. Minyak tanah + serai.
Caranya cukup mudah. Semburkan minyak tanah dan selang-selikan dengan minyak serai. Boleh juga kalau korang nak campurkan sekali kedua-dua bahan tu.

Korang berlajar sesuatu dalam perkongsian kali ini? Jom share dekat family dan kawan-kawan tengok kot rumah mereka ada anai-anai boleh la kita tolong hehe.

Leave a Comment