Call

+019 556 6996

Call

5 SYARAT WAJIB MACAMMANA NAK CONVERT RUMAH ANDA JADI HOTEL 7 BINTANG!

Mudah ataupun susah sebenarnya nak tukar rumah anda sekarang jadi hotel 7 bintang? jawapannya kalau anda nak semuanya akan jadi mudah. Cara untuk anda ubah rumah anda jadi rumah bak hotel impian ini pertama sekali anda kena

1. TAHU BAJET ANDA
Syarat pertama anda mesti tahu berapa yang anda nak spendkan pada rumah anda supaya nanti anda tak overspend tapi rumah tak jadi macam hotel 7 bintang pun. Tahu bajet memudahkan anda untuk plan keadaan rumah anda.

2. PLAN KONSEP RUMAH ANDA
Anda sukakan rumah yang macam mana? minimalis? simple ataupun yang nampak eksklusif itu terpulang pada anda tetapi pastikan anda fokuskan pada 1 konsep sahaja untuk rumah impian anda.

3. JANGKA MASA
Plan berapa lama anda rasa rumah anda akan jadi sepenuhnya macam hotel 7 bintang, kalau anda rasa 3 ke 4 bulan maknanya anda perlukan segala info dan juga bajet diperlukan untuk rumah anda dalam masa tersebut.

4. DARI MANA NAK DAPATKAN
Ini macam konsep rumah tadi, anda kena tahu dimana kedai perabot yang boleh anda dapatkan sesuai dengan konsep yang anda dah bayangkan dalam kepala anda tadi, jangan terlebih spend dengan beli perabot yang anda suka tetapi tak sesuai dengan konsep rumah. Biarlah yang sesuai dengan konsep.

5. LANTIK DESIGNER YANG BERPENGALAMAN
Kalau anda malas nak fikirkan semua step dekat atas ni senang saja sebenarnya, lantik designer yang berpengalaman biar mereka uruskan apa yang perlu dibuat dengan rumah anda. Senang tak payah pening kepala janji anda tahu apa konsep anda mahukan biar mereka selesaikan.
.
Anda ada pengalaman cantikkan rumah anda dengan ala ala hotel juga? sharelah pengalaman anda, kalau nak tahu bagaimana kami boleh “transform” rumah anda jadi hotel 7 bintang jom hubungi kami sekarang.

Leave a Comment