RUMAH YANG MURAH TAK SEMESTINYA BERBALOI?

Tahun 2019 yang lalu dilihat transaksi hartanah di Malaysia mula kembali rancak khusus di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Semua ini adalah hasil daripada Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau “Home Ownership Campaign 2019” yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).
Pemaju digalakkan untuk menyertai kempen ini untuk membolehkan pembeli menikmati pengecualian duti setem untuk surat cara pembelian (S&P) dan duti setem perjanjian perumahan.
Syarikat pemaju yang menyertai kempen ini diwajibkan untuk menawarkan potongan harga sekurang-kurangnya 10%. Terdapat ramai pemaju yang sanggup menawarkan diskaun, sehingga ada yang menawarkan 40% potongan dari harga asal. Namun perlu diingat rumah yang murah tak semestinya berbaloi.
Anda perlu kaji beberapa faktor utama sebelum membeli rumah, antaranya ialah
1. JARAK PERJALANAN
Kriteria pertama dalam membuat keputusan adalah jarak lokasi tempat kerja dengan rumah kediaman. Kos dari segi nilai ringgit yang perlu diambil kira ialah penggunaan petrol, bayaran tol lebuhraya, dan penyelenggaraan servis kenderaan.
2. KEMUDAHAN FASILITI DAN KESELAMATAN
Kemudahan fasiliti kerajaan di kawasan sekitar seperti hospital kerajaan, sekolah, balai polis dan juga bomba. Ini penting kerana dengan adanya fasiliti kerajaan tersebut, segala urusan boleh diuruskan dengan cepat.
3. AKSES KE KEMUDAHAN AWAM
Akses mudah ke kedai runcit, pasar, dan stesen petrol. Kebiasaannya pembeli projek perumahan yang dibina di luar bandar mengalami masalah ini di mana penduduk perlu membeli stok barangan dapur untuk penggunaan selama dua ke tiga minggu kerana kemudahan yang jauh.
4. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM
Akses kepada pengangkutan awam yang paling penting di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu pengangkutan keretapi atau tren. Kebanyakan mereka yang bekerja di bandar lebih gemar menggunakan tren sebagai medium pengangkutan kerana jauh lebih selesa berbanding bas dan kebanyakan stesen tren menyediakan kemudahan parkir yang banyak.
5. LIPUTAN RANGKAIAN INTERNET 4G
Sesetengah kawasan yang baru dibangunkan memerlukan tiga ke lima tahun sebelum memiliki pilihan untuk memilih rangkaian terbaik untuk dilanggan jadi perlu anda lihat samada kawasan tersebut dah ada rangkaian internet yang stabil atau tidak.
.
Harga yang rendah sahaja tidak memastikan bahawa ianya adalah pembelian yang bijak kerana faktor lain juga amat penting jadi buatlah pilihan yang bijak!
.
Credit to : Hartabumi.com

Leave a Comment